MENGGENGGAM ijazah doktor falsafah (PhD) pada usia muda sudah cukup membanggakan, apatah lagi jika seseorang itu mempunyai lebih daripada satu PhD. Kedengaran agak pelik dan janggal, namun itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda berasal dari Kuala Lumpur. Bagi Dr. Mohd. Alif Jasni, dia bukan sahaja memiliki dua PhD dan empat ijazah sarjana (Master), malah kini sedang menyambung pengajian PhD ketiganya dalam bidang sains politik. Mesra disapa Alif, pemuda berusia 38 tahun itu merupakan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan,……














