fbpx
Model memperagakan sebahagian daripada koleksi terbaharu Minaz Abaya bersempena hari raya. tahun ini.

Minaz penuhi citarasa wanita moden dengan perician abaya premium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Minaz melancarkan koleksi baharu memfokuskan kepada abaya untuk sambutan hari raya tahun ini kerana pakaian tersebut sangat bersesuaian dengan gaya hidup wanita masa kini.

Ketua Pegawai Eksekutif Minaz, Hafiza Abd Hamid berkata, koleksi terbaharu ini bertemakan Setulus Raya yang mana ia akan mengangkat erti pulang bagi jenama itu yang kini kembali bangkit kepada rasa asalnya yang lebih tulen, kemas dan penuh dengan adabnya.

Menurut beliau, berteraskan identiti Luxury Meets Modesty, Minaz abaya kini menampikan pakaian dengan  potongan yang jatuhnya cantik, fabrik yang selesa, dan perincian mewah yang tidak berlebihan.

“Ini bukan pengganti baju raya, ini adalah pilihan baharu untuk wanita yang mahu tampil
anggun dengan cara yang lebih tenang. Ia disesuaikan memakainya pada hari raya dan juga selepas raya,” katanya pada majlis pelancaran koleksi abaya tersebut di sini baru-baru ini.

Hafiza menerangkan, sebahagian koleksi Minaz Abaya diperbuat di Arab Saudi itu membawa
sentuhan pembuatan yang sinonim dengan abaya autentik Timur Tengah.

Selain itu dapat juga koleksi di bawah Roh Haramain: Makkah & Madinah (inspirasi & rasa) yang menampilkan koleksi yang lebih lembut, tenang dan asli manakala bagi koleksi Aura Dubai pula diperkemaskan dengan rasa Dubai-elegant iaitu siluet yang tampak eksklusif, kemasan
yang bersih dengan detailing yang memberi glow halus tetapi, bukan sarat.

“Kami mahu setiap helaian Minaz Abaya ada rasa autentik, sebab itu kami pilih pembuatan di
Saudi. Bila abaya dibuat di tempat yang memahami bahasanya, hasilnya lebih kemas, lebih
unik dan lebih meyakinkan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI