fbpx
Dua kakitangan hotel melakonkan watak penduduk kampung menyambut bulan Ramadan sempena prebiu bufet Ramadan di InterContinental KL baru-baru ini.

Menu tradisi iftar kampung imbau kenangan di InterContinental KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mahu menikmati suasana berbuka puasa dengan menikmati hidangan yang boleh mengimbau kenangan manis zaman dahulu dan digabungkan dengan persekitaran semasa?, anda boleh berkunjung ke InterContinental Kuala Lumpur (KL).

Bertempat di Serena Brasserie sehingga 18 Mac ini, tetamu dapat  melalui sebuah kenangan berupa satu perjalanan yang dikurasikan dengan penuh teliti, berasaskan warisan, kenangan dengan hubungan yang bermakna.

Ini kerana menu yang disediakan oleh cef berpengalaman terdiri daripada resipi yang diwarisi turun-temurun melalui tema Sajian Nana Dulu dan Kini yang akan  meraikan rasa tradisi yang kekal abadi sambil mengangkat nilai Ramadan masa kini dengan penuh kesyukuran, kesabaran dan momen kebersamaan.

Pengurus Besar hotel tersebut, Matthew Everson berkata, Ramadan adalah masa untuk refleksi, menghargai kesyukuran dan mengeratkan kembali hubungan.

“Melalui tema Sajian Nana Dulu & Kini dan Raya Bersama Nana, kami berharap dapat mencipta pengalaman yang menghormati nilai-nilai ini yang mana makanan menjadi jambatan kepada kenangan, keluarga dan kebersamaan, disempurnakan dengan hospitaliti bertaraf dunia yang sinonim dengan InterContinental Kuala Lumpur,” katanya pada majlis prebiu bufet Ramadan di sini baru-baru ini.

Dikurasi oleh Cef Eksekutif Rudy Junaidie bersama pasukan kulinari beliau, pengalaman ini menampilkan pilihan melimpah ruah hidangan kegemaran Malaysia berasaskan resipi tradisional, membawa rasa selesa dan keakraban ke meja Ramadan melalui penyediaan teliti dan perhatian penuh hormat terhadap perincian.

Antara hidangan istimewa hotel tersebut dalam bulan Ramadan ini adalah sup campur berempah Wak Shukur, ikan bakar Melaka, gulai kering tetel kukus buluh, daging lembu rebus beraroma kukus buluh dan ayam panggang sambal belimbing.

Sajian lain pula adalah kambing panggang Afghan, ayam galantine panggang dengan glas madu oren, serta brisket daging lembu barbeku lada kuning.

Selain itu, terdapat pilihan hidangan tradisional Malaysia seperti lemang, ketupat bawang, rendang tok daging, serunding ayam dan bubur lambuk yang digandingkan dengan hidangan laut premium termasuk udang harimau segar, tiram dan pilihan makanan laut bermusim.

Ini semua menjadikan pengalaman iftar penuh bermakna, berpusat pada momen kebersamaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI