fbpx
Mayat seorang wanita ditemukan dalam kereta Perodua Myvi di Jalan Paya Terubong, malam tadi.

Mayat wanita dalam kereta padat kotak, barang peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang wanita ditemui maut dalam sebuah kereta yang dipenuhi dengan barangan peribadi termasuk beg plastik dan kotak di sebuah stesen minyak di Jalan Paya Terubong di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.48 malam.

Menurutnya, pasukan bomba diminta membantu membuka pintu sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang terkunci seperti dimaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong dikejarkan ke lokasi kejadian dan menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu kenderaan terbabit.

“Terdapat seorang wanita berusia 37 tahun yang tidak sedarkan diri pada bahagian tempat duduk pemandu dalam kereta yang dipadat dengan barang keperluan termasuk bantal, kotak, beg plastik dan sebagainya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.43 malam tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN