fbpx
NIDZAM menghitung nasib sendiri selepas NSFC merekodkan kekalahan keempat berturut-turut pada saingan Liga Super selepas tewas kepada Imigresen pada aksi kelmarin. - FB NSFC

Liga Super: Nidzam pasrah hitung nasib sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), Nidzam Jamil mengakui masa depannya semakin ‘kelam’ selepas pasukan tewas 1-2 kepada Imigresen FC dalam aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin.

Pada perlawanan itu, impian skuad Hobin Jang Hobin untuk mengakhir badi kekalahan tiga aksi sebelum ini tidak kesampaian selepas pelawat meraih tiga mata penuh hasil jaringan berganda Eduardo Sosa.

Menurut Nidzam, amanah untuk menggalas tugas selaku ketua jurulatih sangat besar dan segala keputusan diserahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan untuk menentukan.

“Saya seorang jurulatih dan sedar sejak hari pertama saya dilantik, kesan jika (pasukan) mencapai matlamat atau tidak mencapai matlamat.

“Saya di sini untuk membina sebuah pasukan berdasarkan keputusan musim lalu. Namun, saya tahu ada kata-kata berkenaan kedudukan saya. Tapi, ini adalah bola sepak, saya sudah melalui banyak perkara sebelum ini.

“Ini adalah sebahagian daripada bola sepak tapi pada akhirnya saya ada kerja yang perlu saya buat, tetapi selagi kepercayaan diberi oleh pengurusan, saya akan berikan sepenuhnya kepada kelab,” katanya.

Sementara itu, Nidzam mengakui faktor beraksi dengan 10 pemain selepas Yuichi Hirano dilayangkan kad merah pada awal permainan menjadi punca kegagalan pasukan untuk meraih mata berharga.

“Kita kena berhati-hati dengan terjahan yang dilakukan tetapi saya akui ia adalah kad merah. Kita bukan pasukan besar yang boleh bermain dengan 10 pemain untuk tempoh lebih 70 minit,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN