fbpx
Badak air muncul dari dalam air lalu menterbalikkan bot secara agresif. - The Digital Ark

Lelaki terpelanting, bot kena ‘baham’ badak air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CAPE TOWN – Satu video tular di media sosial memaparkan seekor badak air muncul dari dalam air secara agresif lalu menterbalikkan sebuah bot dinaiki anggota pemuliharaan di Afrika Selatan, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Kejadian berlaku di sebuah empangan di rantau Lowveld, tempat terletaknya Taman Negara Kruger.

Kumpulan pemuliharaan, The Digital Ark, cuba menangkap badak air yang melarikan diri dari ladang berdekatan bersama anaknya selepas banjir yang teruk.

Kumpulan itu berhasrat untuk menembak haiwan tersebut dengan ubat pelali sebelum memuatkannya ke dalam treler khas untuk diangkut kembali ke tempat selamat.

Namun, ketika tiga daripada mereka duduk di atas bot sambil menantikan badak air tersebut, haiwan itu muncul dari dalam air lalu menterbalikkan bot dinaiki salah seorang daripada ahli pemuliharaan itu.

Ia menyebabkan lelaki itu terpelanting dan jatuh ke dalam air sebelum bergegas untuk berpaut pada bot untuk menyelamatkan diri.

Tidak dinyatakan sama ada badak air itu berjaya ditangkap selepas insiden tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI