fbpx
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan di lokasi mangsa dilaporkan terjatuh di Sungai Kedah, Alor Setar malam ini. - Foto JBPM KEDAH

Lelaki disyaki lemas selepas diserang sawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang pekerja sebuah kedai makan dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kedah, di sini hari ini.

Mangsa lelaki berusia 31 tahun itu dikatakan terjatuh ke dalam sungai selepas diserang sawan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 8.15 malam tadi.

“Jentera dari BBP Alor Setar bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Pada masa ini, operasi pencarian di permukaan air dilakukan di lokasi mangsa dilaporkan terjatuh,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Jitra turut digerakkan ke lokasi bagi membantu operasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN