fbpx
VINICIUS meledak gol sagu hati ketika Real akur tewas berdepan Osasuna sekali gus gagal mencipta jurang mata untuk kedudukan selesa di puncak La Liga. - AFP

La Liga: Real gagal jarak kedudukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

OSASUNA – Pengendali Real Madrid, Alvaro Arbeloa mengakui kecewa apabila pasukan gagal mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu La Liga selepas tewas 1-2 kepada Osasuna dalam aksi di Stadium El Sadar, awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, pasukan tuan rumah meraih gol menerusi penyudah Ante Budimir dan Raul Garcia manakala The Galacticos mendapat jaringan saguhati menerusi rembatan bintang sensasi, Vinicius Jr.

Menurut Arbeloa, pasukannya tidak layak untuk menang pada perlawanan kali ini selepas beraksi di bawah tahap sebenar walaupun mendominasi sebahagian besar saingan.

“Ini bukan aksi yang baik untuk kami kerana pasukan sepatutnya boleh lakukan jauh lebih baik. Ini adalah pasukan Real Madrid dan tekanannya sentiasa tinggi.

“Mungkin taktikal yang diatur kali ini tidak begitu menjadi kerana benteng pasukan lawan mudah menyekat setiap asakan yang cuba kita lakukan dan harap pasukan jadikan kekalahan ini sebagai satu pengajaran,” katanya.

Sementara itu, Garcia mengakui tidak sangka dapat muncul wira buat pasukan Osasuna apabila menjaringkan gol kemenangan dengan penuh dramatik pada minit-minit akhir perlawanan.

“Ini perasaan luar biasa kerana kami tidak pernah menewaskan Madrid di laman sendiri selama 15 tahun. Gol itu sangat istimewa walaupun ia adalah gerakan yang sering saya lakukan sebelum ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN