fbpx

Gempa bumi kuat landa perairan Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pada 12.57 tengah malam tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan gempa berkoordinat 7.0° utara dan 116.4° timur itu berlaku pada kedalaman 678 kilometer, kira-kira 49 kilometer barat Kudat.

Gegaran dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di Sabah selain Brunei, sebahagian Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, MetMalaysia menyatakan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN