fbpx
AUDI berjaya memperlihatkan kemampuan mereka pada sesi ujian di Bahrain biarpun kali pertama turun menggunakan unit kuasa keluaran sendiri. - AFP

F1: Audi yakin mampu bersaing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAHRAIN – Pemandu pasukan Audi, Nico Hulkenberg bersikap positif terhadap perkembangan jentera Formula Satu (F1) 2026 mereka meskipun mengakui tahap kemampuan sebenar masih belum dapat dipastikan sepenuhnya buat masa ini.

Hulkenberg menegaskan bahawa pasukan Audi tidak akan mengetahui kedudukan sebenar mereka sehinggalah semua pasukan mula mendedahkan rahsia masing-masing pada pusingan kelayakan Grand Prix (GP) Australia nanti.

Walaupun Audi tidak mencatatkan masa terpantas secara keseluruhan sepanjang ujian pramusim, pengeluar Jerman itu berjaya menarik perhatian ramai selepas memperkenalkan pakej naik taraf besar-besaran di Bahrain sejurus selepas sesi ujian awal di litar Barcelona.

Hulkenberg secara peribadi merasakan bahawa jentera Audi tidak berada terlalu jauh daripada persaingan kelompok pertengahan dan menunjukkan potensi yang menggalakkan untuk musim sulung mereka sebagai pasukan pengeluar penuh.

“Saya yakin kami telah melakar kemajuan yang sangat baik dari Barcelona hinggalah ke tahap kami berada pada hari ini.

“Terdapat banyak petanda positif, namun ini hanyalah permulaan kepada perjalanan yang lebih panjang,” ujar pelumba kelahiran Jerman itu.

Menurutnya, musim sejuk kali ini sangat mencabar buat Audi memandangkan mereka buat pertama kalinya membangunkan unit kuasa sendiri, namun percaya masih banyak ruang untuk peningkatan prestasi.

Sebagai rekod, rakan sepasukannya Gabriel Bortoleto menamatkan sesi ujian terakhir di Bahrain di kedudukan ketujuh terpantas, manakala Hulkenberg di tempat ke-15, sekali gus memberikan isyarat awal buat Audi menjelang debut mereka di Melbourne. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN