fbpx
NORAINI (empat dari kanan) bergambar bersama pengusaha kenaf di Padang Besar, hari ini.

Sasar 2,500 hektar kenaf tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG BESAR – Kerajaan menyasarkan keluasan tanaman kenaf mencecah 2,500 hektar tahun ini sebagai langkah memperkukuh sektor agrikomoditi negara dan meningkatkan pendapatan petani.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, sasaran tersebut dilihat realistik susulan perkembangan positif industri kenaf khususnya di negeri ini yang kini muncul sebagai pusat pengeluaran biji benih utama negara.

“Kerajaan menyasarkan keluasan tanaman kenaf mencecah 2,500 hektar pada tahun ini sebagai usaha memperkukuh sektor agrikomoditi dan meningkatkan pendapatan petani.

“Perlis mempunyai kelebihan strategik termasuk faktor cuaca panas dan kering yang sangat ideal untuk penghasilan biji benih kenaf berkualiti tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di Dewan K3, di sini hari ini.

Menurut beliau, penanaman kenaf berkembang pesat terutama di kawasan Padang Besar dan Chuping, menggantikan tanaman tebu dan tembakau yang sebelum ini mendominasi kawasan berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI