PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat dan ribut petir di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga pukul 1 tengah hari ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, di Wilayah Persekutuan Labuan, cuaca buruk berkenaan berlaku di seluruh kawasan.
“Sementara di Sabah, kawasan terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar dan Ranau),” kata kenyataan itu.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE













