fbpx
Gambar hiasan - Agensi

Penganggur sengaja masuk penjara, boleh makan percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

UFA – Seorang lelaki di Ufa, Republik Bashkortostan sengaja membuat ancaman bom palsu semata-mata untuk memastikan dia dimasukkan ke dalam penjara, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

oLelaki berusia lingkingan 20-an  yang cuma dikenali sebagai Oleg itu bertindak demikian kerana gagal mendapatkan pekerjaan meskipun banyak percubaan dilakukan untuk memohon kerja.

Disebabkan kehabisan wang dan tiada duit untuk membeli makanan, Oleg akhirnya membuat keputusan nekad untuk masuk ke dalam penjara bagi memastikan setiap keperluan asasnya dapat dipenuhi.

Selepas cuba membuat ancaman bom palsu sebanyak dua kali, lelaki itu akhirnya ditahan setelah membuat kecoh di lapangan terbang Ufa di wilayah milik Russia itu.

Tiada bahan letupan ditemui, manakala Oleg mengakui bahawa dia sengaja berbohong supaya boleh ditangkap. 

Penilaian psikiatri mendapati bahawa dia waras dan bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakannya. 

Seperti yang dirancang, Oleg dimasukkan ke dalam penjara dan dia dijatuhi hukuman jel tiga tahun dua bulan, di samping sekurang-kurangnya dua kali makan sehari dan tempat tinggal yang ‘selesa’. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN