fbpx
Hashim.

Mursyidul Am Pas dirawat di ICU Hospital Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dilaporkan sangat tidak stabil dan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.

Anak bongsunya, Husna Hashim memaklumkan perkara itu menerusi satu perkongsian di akaun TikTok miliknya.

“Alhamdulillah sekarang beliau sedang dirawat di ICU Hospital Pulau Pinang tetapi keadaan abah sangat tidak stabil dan atas nasihat doktor kami tidak membenarkan ziarah dilakukan,” katanya.

Menurut Husna, bapanya dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini pada 7 Februari lalu selepas keadaan kesihatannya semakin uzur.

“Doktor beritahu abah mengalami serangan jantung dan fungsi jantung ketika itu hanya sekitar 35 peratus,” ujarnya.

Katanya, prosedur angiogram tidak dapat dilakukan segera kerana keadaan jantung yang terlalu lemah selain mempunyai komplikasi lain termasuk masalah buah pinggang tahap empat atau lima, paru-paru dan hati.

Jelasnya, bacaan kreatinin yang melebihi 400 serta urea yang tinggi menyebabkan bapanya perlu menjalani rawatan dialisis selepas keadaan sedikit stabil.

“Namun sebelum dialisis dibuat, berlaku kecederaan pada arteri di bahagian leher dan abah perlu dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk pemasangan stent,” katanya.

Tambahnya, prosedur pemasangan stent berjaya dilakukan, namun bapanya kini turut mengalami jangkitan kuman di paru-paru dan sedang menerima rawatan antibiotik selain pemantauan rapi di ICU.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN