PELBAGAI tarikan yang terdapat di Manjung menjadikan daerah itu sebagai salah satu lokasi yang sering dikunjungi oleh pelancong dari dalam atau pun luar negara. Lokasi seperti Pulau Pangkor yang menawarkan pelbagai bentuk aktiviti terutama di laut selain penginapan selesa menyumbang kepada kehadiran pelancong antarabangsa di daerah itu. Bagaimanapun, cabaran demi cabaran perlu dihadapi pihak berkuasa tempatan (PBT) bertanggungjawab iaitu Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dalam memastikan daerah tersebut kekal mesra pelancong dan bersedia menerima kehadiran golongan menuntut disiplin tinggi daripada semua…














