fbpx
AHMAD SAMSURI.

Dr. Sam pengerusi baharu PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu berkuat kuasa serta-merta dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi gabungan itu hari ini.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu dibuat sebulat suara selepas mesyuarat meluluskan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkuat kuasa mulai 1 Januari lalu.

Mesyuarat tersebut dihadiri semua ahli Majlis Tertinggi termasuk empat Presiden parti komponen iaitu Muhyiddin selaku Presiden Bersatu, Hadi (Presiden Pas), Datuk Dr. Dominic Lau (Presiden Gerakan) dan P. Punithan (Presiden MIPP).

Katanya, agenda utama mesyuarat tersebut adalah bagi meluluskan peletakan jawatan Muhyiddin dan melantik pengerusi baharu bagi menerajui gabungan berkenaan.

“Mesyuarat seterusnya dengan sebulat suara melantik Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN yang baharu berkuat kuasa serta-merta,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN