PONTIAN – Penduduk yang terkesan dengan gangguan bekalan air sejak 7 Februari lalu bersyukur kerana tiada lagi Bekalan Air Berjadual (BAB) sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan negeri mulai kelmarin. Penduduk di Kampung Parit Dato Onn di sini yang ditemui bersyukur dan kehadiran bulan Ramadan sebagai Rahmat kerana dapat menyelesaikan masalah yang mereka selama tiga minggu. Maslizan A. Karim, 53, berkata, rumahnya dihuni oleh seramai lapan orang termasuk menantu dan cucu terkesan berikutan ketiadaan air sepanjang tempoh tersebut terutama untuk memasak…














