fbpx
Pemanduan melulu lelaki membawa pada apabila ditahan JSPT Bukit Aman di sekitar ibu negara. Foto Ihsan JSPT

2 pemandu ‘zig-zag’ tular di KL diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Aksi berani mati seorang pemandu yang memandu secara melulu dan berbahaya di sekitar ibu negara membawa padah apabila ditahan polis.

Tindakan itu diambil susulan penularan video berdurasi kira-kira 20 saat di media sosial yang memaparkan sebuah kenderaan dipandu secara zig-zag, menyucuk rapat kenderaan lain serta menukar haluan secara gopoh tanpa memberi isyarat.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, kenderaan jenis Toyota Vios berwarna hitam itu dipandu dengan cara yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan/Operasi JSPT Bukit Aman segera menjalankan risikan sebelum berjaya menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan.

“Kenderaan terbabit turut dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan kesalahan lalu lintas sehingga mengancam keselamatan awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN