fbpx
Seorang wanita mengambil kesempatan mencuri pakaian ketika beberapa pekerja sebuah butik sedang berbuka puasa

Sempat buat ‘projek’ semasa pekerja berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Seorang wanita yang disyaki mencuri pakaian di sebuah butik dicekup dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah, di sini, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman Thread Hishamuddin Buyong, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika beberapa pekerja butik berkenaan sedang berbuka puasa.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), wanita berkenaan dilihat berada di bahagian tepi butik untuk melihat pakaian.

Individu itu yang menyangka tiada pekerja di butik terbabit kemudian bertindak mengambil pakaian tersebut sebelum beredar dari lokasi.

Bagaimanapun, tindakan pantas pekerja butik berkenaan berjaya menangkap suspek di sekitar pusat beli-belah terbabit.

Ketika disoal, wanita berkenaan memberikan alasan bahawa dia mempunyai niat untuk membeli, namun telefon bimbitnya telah kehabisan bateri.

“Saya minta maaf, phone (telefon) saya ‘mati’ tadi. Sekarang ini, akak cakap sahaja berapa harga baju itu,” katanya kepada pekerja butik.

Dalam pada itu, hantaran tersebut yang tular di media sosial turut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.

“Tengok muka pun dah tahu kaki rembat. Miskin sangat ke sampai kena mencuri,” kata Zul.

“Masih bukan alasan untuk mencuri. Kalau telefon terpadam sekalipun, boleh sahaja pinjam pengecas,” ujar Izzat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN