fbpx
Muncul laporan forensik yang mendakwa kematian pemuzik terkenal Kurt Cobain bukan akibat bunuh diri.

Plot twist, Kurt Cobain sebenarnya mati dibunuh?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS tiga dekad kematian vokalis Nirvana, Kurt Cobain, muncul laporan forensik yang mendakwa kematian pemuzik terkenal itu bukan akibat bunuh diri.

Ditemui tidak bernyawa di rumah kaca kediamannya di Seattle pada 5 April 1994 pada usia 27 tahun, seorang penyiasat bebas, Michelle Wilkins menyatakan terdapat kesan pembunuhan dalam kes  tersebut.

Wilkins bersama pasukan forensik swasta menyemak semula hasil autopsi dan kes dari lokasi kejadian serta membuat kesimpulan mendiang Cobain menjadi mangsa pembunuhan.

Dakwaan itu bagaimanapun ditolak Jabatan Polis Wilayah Seattle yang menegaskan luka tembakan di kepala ikon rock itu dilakukan sendiri menggunakan senapang.

Wilkins  berkata, ahli forensik Brian Burnett menyampaikan kesimpulan berbeza setelah tiga hari menyemak bukti.

Menurutnya, menerusi siasatan yang dilakukan, terdapat 10 bukti menyimpulkan Cobain berada dalam keadaan tidak sedar, diberi heroin berlebihan sebelum ditembak di kepala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI