PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan amaran ribut petir di lima negeri sehingga pukul 6 petang ini.
MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumakan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kinta, Kampar dan Batang Padang), Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Kuantan).
Seterusnya, Sarawak: Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri dan Limbang (Limbang) serta Sabah: Pantai Barat, Tawau (Tawau, Semporna dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE














