fbpx
FERRARI antara pasukan yang dilihat memiliki jentera yang cukup baik sepanjang sesi ujian pramusim kali ini. - AFP

F1: Ferrari enggan terbuai pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAKHIR – Prinsipal Ferrari, Fred Vasseur menganggap semua ramalan yang dibuat ketika sesi ujian pramusim hanya sekadar ‘omong kosong’ dan kemampuan sebenar setiap pasukan hanya dapat dilihat apabila saingan Formula Satu (F1) membuka tirai.

Pengendali dari Perancis itu menegaskan, mustahil untuk melihat kekuatan atau kelemahan mana-mana pasukan biarpun Ferrari disebut-sebut antara pasukan yang kuat sepanjang sesi ujian pramusim kali ini.

Kata Vasseur, pasukan yang berpangkalan di Itali itu hanya mahu mendapatkan data-data penting sepanjang sesi ujian bagi membantu mereka melakukan penambahbaikan terhadap kemampuan jentera.

“Bagi saya, ia mustahil untuk tahu secara terperinci mengenai kekuatan mana-mana pasukan, termasuk Ferrari. Bagi saya, kami hanya memberikan sepenuh fokus terhadap prestasi sendiri.

“Setakat ini, kami sudah melakukan ujian dengan jarak 5,000 kilometer (km) dan ia satu perkembangan yang sangat baik dari segi ketahanan jentera. Sekarang adalah masa untuk mengumpul data,” katanya.

Sementara itu, beliau menjelaskan, setiap kata-kata pujian yang diberikan hanya untuk ‘menyedapkan’ hati para pesaing kerana kemampuan sebenar setiap pasukan hanya dapat dilihat sebaik sahaja kempen bermula.

“Sebelum perlumbaan di Melbourne, anda akan mendengar setiap kata-kata ‘palsu’ yang ditujukan. Anda semua mungkin terkejut selepas melihat perkara realiti pada perlumbaan pertama nanti,” ujar Vasseur. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN