fbpx
NEWCASTLE memiliki tuah yang lebih baik setiap kali beraksi di gelanggang lawan sekali gus menjadi sandaran mereka bertemu City awal pagi esok. - AFP

EPL: Newcastle harap tuah terus kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe mampu menarik nafas lega menjelang aksi menentang Manchester City di Etihad awal pagi esok ketika tuah pasukannya cukup baik beraksi di tempat lawan.

Kemenangan 6-1 ke atas Qarabag pada aksi playoff Liga Juara-Juara di Baku kelmarin seperti memberi gambaran buat Howe untuk menyiapkan pasukan bagi bertemu City selain mengakui ‘mood’ pemainnya ketika beraksi di luar St. James Park agak berbeza.

“Nampaknya begitulah (tuah di tempat lawan). Kami bekerja dan memikirkan tentang cara untuk bermain di tempat lawan. Ia menjadi pulangan yang cukup bagus khususnya dalam tiga perlawanan lepas.

“Kami mengharungi perlawanan yang sukar dan berjaya melaluinya dengan baik. Saya fikir kami menyerlahkan bahawa kami adalah pasukan yang bagus dan pastinya saya gembira dengan kedudukan kami buat masa sekarang,” katanya.

Selain kemenangan besar ke atas Qarabag serta dua aksi di tempat lawan sebelum itu menyaksikan The Magpies turut cemerlang dengan menewaskan Aston Villa 3-1 di pusingan keempat Piala FA dan menang 2-1 ke atas Tottenham Hotspur dalam aksi liga.

Bagaimanapun, Howe sedar yang tanggungjawab pemainnya kali ini pasti akan berbeza memandangkan The Citizen begitu mengharapkan kemenangan untuk kekal memberikan tekanan kepada pendahulu liga, Arsenal.

Aspek tekanan seakan lebih berpihak kepada Manchester City namun Newcastle United juga begitu mengharapkan tiga mata bagi perbaiki kedudukan dan cuba memburu salah satu slot ke pertandingan Eropah musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN