fbpx
ANGGOTA tentera membantu penduduk di Simpang Renggam mengisi air bersih susulan gangguan bekalan air bersih sejak bulan lalu.

Bekalan air di Pontian, Kluang pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Penderitaan penduduk di beberapa kawasan di Pontian dan Kluang yang berdepan gangguan bekalan air menarik nafas lega apabila operasi Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam pulih sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, bukan setakat LRA Simpang Renggam sebaliknya kesemua LRA di negeri ini beroperasi pada tahap 100 peratus.

Katanya, walaupun tiada akaun terjejas, bantuan air alternatif terus digerakkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi menyokong penduduk di Kluang dan Pontian.

“Alhamdulillah, paras Sungai Ulu Benut terus mencatat bacaan normal pada 5.28 meter, melepasi paras amaran. Paras Empangan Machap pula berada pada 14.02 meter, bersamaan paras minimum dan menunjukkan peningkatan berbanding sebelumnya,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad Fazli berkata, dengan keadaan sungai yang stabil, empangan tidak lagi berada dalam situasi kritikal seperti ketika fasa kemarau.

Menurutnya, seiring dengan kestabilan sumber air mentah ini, LRA Simpang Renggam kini beroperasi dengan pengeluaran semasa 61.1 Juta Liter Sehari (JLH) daripada kapasiti reka bentuk 64 MLD.

“Bekalan air kepada pengguna di Kluang dan Pontian berjalan mengikut jadual tanpa gangguan melibatkan semua Zon A, B dan C di kedua-dua daerah.

“Berdasarkan status operasi semasa, kesemua LRA di Johor kini beroperasi pada tahap 100 peratus termasuk LRA Sembrong Timur yang sebelum ini beroperasi pada kadar lebih rendah,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN