fbpx
Gambar Hiasan

Agensi persekutuan, negeri digembleng bantu mangsa banjir Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Semua agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri telah digerakkan secara menyeluruh bagi memastikan operasi pemindahan, penyelamatan serta penyaluran bantuan kepada mangsa banjir di Sabah dilaksanakan dengan pantas, tersusun dan berkesan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keutamaan ketika ini adalah memastikan keselamatan rakyat, menjaga kebajikan mangsa serta mempercepatkan proses pemulihan di kawasan terjejas.

“Keutamaan kita (kerajaan) adalah keselamatan rakyat, kebajikan mangsa serta pemulihan kawasan terjejas secepat mungkin,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, walaupun umat Islam di seluruh negara menyambut Ramadan dalam suasana penuh rahmat, rakyat di Sabah sedang berdepan ujian banjir yang menjejaskan kediaman, keselamatan dan kehidupan harian mereka.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan penduduk di kawasan terlibat supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang risiko.

Dalam pada itu, menerusi Portal InfoBencana JKM pada tengah hari ini, sebanyak 15 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menempatkan 1,480 keluarga dengan 2,828 mangsa terlibat.

PPS dibuka melibatkan dua daerah iaitu di Pitas dan Kota Marudu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI