KOTA KINABALU – Semua agensi keselamatan dan jabatan berkaitan sudah digerakkan bagi melaksanakan operasi pemindahan, penyelamatan dan penyaluran bantuan kepada penduduk terjejas banjir di utara Sabah dan Sandakan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri juga memantau keadaan semasa bagi memastikan bantuan disampaikan dengan cepat dan berkesan.
Beliau turut meluahkan rasa simpati atas musibah banjir yang dihadapi penduduk yang disifatkannya satu ujian, terutama bagi umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa Ramadan.
“Di sebalik keberkatan bulan Ramadan ini, ada saudara-saudara kita yang sedang diuji dengan musibah banjir. Saya merakamkan rasa simpati yang mendalam kepada semua mangsa yang terjejas. Keselamatan rakyat adalah keutamaan Kerajaan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau.-KOSMO! ONLINE
Agensi keselamatan, jabatan digerak bantu mangsa banjir
- Oleh IVAN AMIRUL
- 21 Februari 2026, 1:34 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

‘Ira dah cuba yang terbaik abah’
13 April 2026, 4:03 pm

Liga Super: Selangor sengaja pilih jalan sukar
13 April 2026, 10:00 am

Syed Saddiq buat pelbagai kerja sambilan demi rakyat Muar
12 April 2026, 8:36 pm

Ribut petir di lima negeri hingga malam ini
12 April 2026, 6:10 pm

Alliance Bank sokong pelangan terkesan akibat ketidaktentuan geopolitik global
12 April 2026, 5:46 pm

Anak yatim ‘straight A’ SPM hampir tangguh belajar
12 April 2026, 1:11 pm

Liga Super: Selangor anggap aksi final
11 April 2026, 9:30 am

Agrobank tawar sokongan bersasar susulan ketidaktentuan global
10 April 2026, 7:09 pm






