fbpx
Antara komen pengikut KA di aplikasi TikToknya.

[VIDEO]’Tak bernafas aku, laju betul sem ni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pempengaruh dan personaliti media sosial, Khairul Aming (KA) pasti akan berkongsi pelbagai menu sama ada untuk berbuka mahupun moreh.

Menu dan cara masakan itu akan dikongsi di laman Facebook rasminya iaitu Rasapop atapun di akaun TikToknya Khairulaming.

Antara menu terbaharu yang dikongsi beliau adalah Peach Cobbler yang boleh dimasak pengguna sempena cuti hujung minggu esok.

“Esok weekend tapi semua tak boleh rehat lagi. Next jom kita buat Peach Cobbler untuk makan waktu moreh dengan aiskrim vanila.

“Siapa ‘in charge dessert’ dalam rumah boleh buat task ini,”tulis KA pada hantaran terbaharu itu.

Bagaimanapun, rata-rata pengikutnya telah meninggalkan pelbagai komen mencuit hati termasuk ada di antara mereka yang sudah ‘surrender’ untuk mengikuti serta mencuba menu yang dikongsi pempengaruh itu.

Ini kerana dakwa terlalu banyak menu yang dikongsi KA dalam masa sehari dan masih banyak lagi menu sebelum ini belum dibuat.

“Tak bernafas aku, laju betul sem ini,”tulis @Ticer_ieta.

“Cikguu saya nak drop subjek yang ni boleh,assignment sos plum pun saya tak beli lagi,”komen @Khairul Hadi AIA.

“Puding karamel pun aku tak sempat buat lagi ni dah ada dessert baru. Give up (mengalah) lah taknak masuk elas dah laju sangat cikgu ajar tahun ni,”ujar @Nurhlzaaa𐙚.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @shyr’ ᵔⰙᵔ

“Cikgu boleh ke senaraikan semua bahan untuk 30hari terus. Penat la setiap hari keluar beli barang dapur,”selorohnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN