fbpx
GORDON mencipta sensasi selepas meledak empat gol ketika Newcastle meraih kemenangan selesa ke atas Qarabag. - AFP

UCL: Newcastle raih bekal selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAKU – Kemenangan besar yang diraih masih belum meredakan tekanan pengendali Newcastle United, Eddie Howe ketika pasukannya menewaskan Qarabag 6-1 pada aksi Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi semalam.

Menurut Howe, saingan playoff kali ini belum berakhir apabila aksi kedua bakal berlangsung di St. James Park menyebabkan The Magpies masih perlu mengekalkan fokus bagi memastikan mereka layak ke pusingan 16 terbaik.

“Saingan ini belum berakhir, cuma kami berjaya meletakkan diri kami di kedudukan yang agak baik. Namun, kami sangat menghormati semua lawan kami dan perlu terus mengekalkan aksi terbaik pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Pada perlawanan itu, Anthony Gordon berjaya mencuri perhatian apabila meledak empat gol termasuk menyempurnakan dua sepakan penalti, manakala dua lagi gol disudahkan oleh Malick Thiaw dan Jacib Murphy.

Gordon muncul pemain Newcastle pertama meledak empat gol dalam aksi UCL dan berjaya memintas rekod jaringan Alan Shearer pada kejohanan berkenaan selepas mengumpul 10 gol setakat ini.

“Dia bermain dengan baik terutama pada babak pertama. Sikap yang dipamerkan ketika bersama bola membolehkan dia mencipta banyak jaringan. Gol pertama itu benar-benar membuatkan perancangan kami menjadi lancar,” jelasnya.

Perlawanan tersebut merupakan aksi keenam dalam tujuh perlawanan terakhir Newcastle beraksi di tempat lawan dan berjaya mencatatkan kemenangan berturut-turut dalam tiga aksi terakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN