fbpx
EYKA berkata pengalaman tersebut memberi kehangatan dan kebahagiaan tiada tara, terutama ketika sedang berehat malam hari.

‘Tendangan makin kuat tiap hari, walau saya sedang tidur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Teruja bayi sulung dalam perut aktif menendang, pelakon Eyka Farhana menyifatkan momen itu sebagai satu pengalaman yang paling indah dalam hidupnya.

Ujar Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 31, pengalaman tersebut memberi kehangatan dan kebahagiaan tiada tara, terutama ketika sedang berehat malam hari.

“Masya-Allah tabarakallah. Tendangan bayi semakin kuat setiap hari. Walaupun ketika saya sedang tidur, bayi tetap aktif.

“Saya pun tak tahu bagaimana nak gambarkannya. Ini adalah perasaan paling indah pernah saya rasai. Ya Allah, terima kasih atas perasaan ini.

“Alhamdulillah atas kurniaan ini. Mama dah pun sayangkan kamu lebih daripada apa yang mampu diungkapkan dengan kata-kata,” katanya dalam Threads.

Perkongsian tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah dan doa untuk keselamatan ibu dan bayi.

“Seronok kan perasaan itu bila bayi menunjukkan kehadirannya dalam perut. Rasa macam dunia ini indah sungguh. Semoga bayi sihat dan sentiasa dilindungi,” tulis seorang peminat.

“Bahagia tengok Eyka, moga semuanya lancar hingga hari bersalin,” komen seorang lagi pengikutnya.

Sebelum ini, bintang filem Anak Perjanjian Syaitan 2 itu mengumumkan kehamilan sulungnya, namun memilih untuk merahsiakan usia kandungannya.

Untuk rekod, Eyka mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Akhyar Rashid pada 2 Mei 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN