fbpx
Anwar ketika ditemui media dengan jemaah Masjid Kampung Sri Cheeding, Banting. Foto oleh SKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

Siasat dulu, jangan terus hukum – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang dakwaan salah laku dan rasuah membabitkan dasar kerajaan termasuk Program Visi Silikon serta Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) perlu disiasat secara telus sebelum dijatuhkan hukuman atau kesimpulan dibuat.

Beliau berkata, prinsip keadilan mesti ditegakkan dan ruang siasatan wajar diberikan sepenuhnya tanpa prejudis atau tuduh-menuduh, khususnya ketika bulan Ramadan.

“Jangan juga ada tuduh menuduh dalam bulan Ramadan ini. Kalau ada tuduhan, kita siasat dengan baik. Kalau ada bukti bersalah, dakwa (di mahkamah),” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat bersama jemaah Masjid Kampung Seri Cheeding, Banting di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya berhubung dua dasar berkenaan adalah satu bentuk intimidasi.

Ini susulan pendiriannya yang lantang menuntut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki digantung tugas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN