JOHOR BAHRU – Pengukuhan nilai ringgit Malaysia berbanding rupiah Indonesia dikesan dimanipulasi oleh sindiket penyeludupan migran bagi memperdaya warga Indonesia untuk memasuki negara ini secara haram. Modus operandinya adalah dengan mempromosikan tawaran gaji lumayan di Malaysia iaitu antara RM1,500 hingga RM1,800 sebulan atau antara 6.43 juta rupiah hingga 7.80 juta rupiah kepada warga Indonesia yang terdesak untuk mencari rezeki. Jumlah pendapatan sebesar itu sudah cukup menjadi umpan psikologi yang mempengaruhi keputusan warga Indonesia untuk memasuki Malaysia meskipun secara haram. Pelaksana……














