fbpx
Anwar meninjau keadaan rumah yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Seri Cheeding, Banting, Selangor pada 6 Februari lalu

Peristiwa ini amat menyayat hati – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa sedih di atas insiden kebakaran di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting yang meragut nyawa seorang kanak-kanak lelaki dua minggu lalu.

Menurut Anwar, beliau berkesempatan menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut sebelum menunaikan Solat Jumaat hari ini.

“Saya berkesempatan menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga yang rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting dua minggu lalu.

“Peristiwa ini amat menyayat hati, lebih-lebih lagi apabila salah sebuah keluarga turut kehilangan insan tersayang, iaitu anak lelaki berusia tiga tahun yang terkorban selepas terperangkap dalam kebakaran tersebut,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Media pada 6 Februari lalu melaporkan, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemui maut selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan beberapa rumah di Kampung Seri Cheeding.

Perdana Menteri berkata, beliau berharap semoga sumbangan kecil itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga terlibat.

Anwar berkata, beliau mendoakan kedua-dua keluarga berkenaan dikurniakan ketabahan, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian yang amat berat itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN