fbpx
Caprice ketika menunjukkan sejambak bunga ros sebagai simbolik permohonan maaf kepada Rafizi Ramli pada sidang media yang diadakan di Vertical Business Suite, Bangsar di sini, hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

‘Kalau Rafizi sudi, Caprice sedia untuk berdamai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi rap dan pempengaruh, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice sedia berdamai dengan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berhubung isu rasuah yang tular di media sosial.

Caprice menerusi satu sidang akhbar hari ini turut menghadiahkan’ sejambak bunga mawar sebagai tanda permohonan maaf serta tidak mahu memanjangkan lagi persengketaan tersebut.

“Saya menghulurkan tangan kepada Rafizi. Kalau Rafizi sudi, Cap sedia untuk berdamai.
Saya belikan anda bunga hari ini, bunga ini mungkin tahan sekitar tujuh hari sebelum layu.

“Jadi, saya harap dalam masa tujuh hari ini, kita dapatlah berdamai. Saya juga meminta maaf dan jangan saman saya, Kami hanya tanya soalan yang bagi Cap, soalan relevan,”katanya pada sidang akhbar tersebut.

Mengulas lanjut, Caprice berkata, beliau sebelum ini tidak pernah mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak.

Namun katanya, hari ini beliau melalui peguamnya telah menghantar notis tuntutan kepada Rafizi supaya menarik balik hantaran dibuatnya, menghentikan segala kenyataan fitnah dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.

Tambah Caprice, beliau memberi masa kepada Rafizi sehingga jam 5 petang esok untuk menuruti notis tuntutan berkenaan dan sekiranya Ahli Parlimen Pandan itu ingkar, pihaknya akan meneruskan proses tindakan undang-undang.

Sebelum ini, Rafizi memberi amaran akan memfailkan saman terhadap Caprice sekiranya tiada permohonan maaf dibuat selepas fakta sebenar dibentangkan.

Beliau menafikan terbabit dalam kes rasuah berjumlah RM2.5 bilion membabitkan penganugerahan kontrak kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengannya.

Rafizi berkata, tuduhan itu adalah fitnah yang dijaja oleh Caprice.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI