fbpx
Azalina.

Dua RUU utama reformasi institusi dbentang di Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua Rang Undang-Undang (RUU) utama membabitkan reformasi institusi termasuk cadangan pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dibawa ke Dewan Rakyat pada Isnin depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, satu lagi RUU membabitkan reformasi institusi berhubung pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Beliau ketika sesi pertemuan bersama ketua-ketua editor yang berlangsung di Asian International Arbitration Centre (AIAC) hari ini memaklumkan bacaan kali kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan diteruskan pada minggu berikutnya.

Berdasarkan jadual, Azalina akan mengemukakan bacaan kali kedua RUU berkaitan pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya pada 2 Mac depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dijangka membentangkan bacaan kali kedua RUU berhubung had tempoh jawatan Perdana Menteri pada 3 Mac.

Sejajar dengan itu, satu taklimat khas kepada Ahli Parlimen mengenai kedua-dua RUU tersebut turut dijadualkan berlangsung pada Isnin ini.

Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan, kerajaan akan membentangkan RUU bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri serta RUU pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI