fbpx
Allahyarham Alias meninggal dunia ketika menunaikan solat zuhur di sebuah surau di Taman Sri Gombak pada 1 Ramadan.

[VIDEO] Ajal di rumah Allah ketika sedang solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang ahli jawatankuasa masjid dilaporkan meninggal dunia ketika menunaikan solat zuhur di sebuah surau di Taman Sri Gombak semalam.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), Allahyarham Alias Abd Ghani, 69, dilihat rebah ketika rukuk sebelum terduduk dalam keadaan sujud.

Menerusi rakaman CCTV itu juga, seorang jemaah lain dilihat cuba membantu Allahyarham ketika beliau rebah.

Pengurusan Masjid Al-Khairiyah di Taman Sri Gombak dalam satu hantaran di media sosial memaklumkan, solat jenazah Allahyarham akan diadakan selepas solat Jumaat hari ini.

Menurut pengurusan Masjid Al-Khairiyah, jenazah Allahyarham kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Permata di Taman Sri Gombak.

“Satu kehilangan besar buat komuniti Taman Seri Gombak. Telah berpulangnya Tuan Alias menemui Penciptanya tepat pada hari pertama Ramadan.

“​Semoga Allah mengganjari Allahyarham dengan syurga-Nya atas segala jasa baik dan amal ibadah yang dilakukan sepanjang hayatnya,” kata pengurusan Masjid Al-Khairiyah. – KOSMO! ONLINE

@masjidalkhairiyahgombak“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda lagi diredai-Nya.” ​Satu kehilangan besar buat komuniti Taman Seri Gombak. Telah berpulangnya Tn. Hj. Alias bin Abd Ghani menemui Penciptanya tepat pada hari pertama Ramadan. Bagi pihak keluarga dan pengurusan Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, berikut adalah ketetapan untuk penghormatan terakhir: Solat Jenazah : Akan didirikan pada hari Jumaat (20 Februari 2026) sejurus selepas Solat Jumaat di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak. ​Urusan Pengebumian: Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Permata. ​Semoga Allah mengganjari Allahyarham dengan syurga-Nya atas segala jasa baik dan amal ibadah yang dilakukan sepanjang hayatnya. ​Salam takziah daripada kami di Masjid Al-Khairiyah.

♬ suara asli – Rus Minah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN