fbpx
Tangkap layar klip video yang memaparkan kejadian tersebut.

‘Biadab, duit tabung masjid pun nak curi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perbuatan dua lelaki menceroboh dan memecahkan tabung sebuah masjid di Perak mengundang kemarahan orang ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian di kumpulan Facebook Manjung Sitiawan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Masjid Nasriyah awal pagi semalam.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), kedua-dua lelaki tersebut memecahkan pintu kaca sebelum menyelinap masuk ke dalam tempat ibadat tersebut.

Kedua-dua suspek kemudian mengumpil tabung sebelum melarikan wang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam perbuatan tersebut yang dianggap biadab dan mahu pihak berkuasa menangkap segera kedua-dua pelaku.

“Ni jenis manusia dah tak fikir apa, duit tabung masjid pun ambil,” kata Ppoc Ameer II.

“Pakai selipar dalam masjid pula tu,” tegur Yan Syahiran.

“Allahu. Demi duit habis gelap hati tunggulah azab Allah ye. Takut jatuh terduduk je,” komen ExhilatingLychee2375.

Selain itu, ada pengguna Facebook yang mencadangkan pihak masjid supaya mengutip wang tabung setiap kali selesai solat bagi mencegah kejadian sama daripada berulang.

“Selepas ini mohon kutip setiap kali lepas solat fardu, jangan dibiarkan simpan lama-lama. Masjid dekat rumah saya kutip setiap kali selepas habis (selesai) sembahyang,” cadang Norain Ahmad.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI