fbpx
Gambar yang dikongsi pengguna di aplikasi Threads memaparkan aksi dua pelancong asing yang dirakam di sekitar Jalan TAR.

‘Tolong hormat, ini Malaysia bukan Bali’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan segelintir pelancong asing mengenakan pakaian mencolok mata ketika berada di tempat awam sekitar ibu kota mengundang kemarahan rakyat tempatan.

Ini kerana dakwa mereka, pakaian tersebut tidak sesuai dengan budaya rakyat tempatan tambahan pula negara ini majoritinya Melayu dan beragama Islam.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna telah berkongsi gambar pelancong wanita yang hanya memakai bra serta berseluar panjang.

Sementara itu, pelancong lelaki pula hanya memakai seluar pendek serta tidak berbaju dan aksi kedua-dua mereka dipercayai di rakam di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Jalan TAR.

‘Saya harap pihak berkuasa boleh lakukan sesuatu. Contoh, PDRM boleh tegur. Kementerian Pelancongan boleh letak notis peringatan di lapangam terbang.

“Jangan benda ni jadi kebiasaan pada pelancong. Kita bukan Bali,” tulis pengguna dikenali sebagai @rajakamarul.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut meninggalkan pelbagai komen dan mereka mahu semua pelancong menghormat budaya di negara ini.

“Betul sangat-sangat, bukan pasal agama, tapi kerana ini Malaysia, kena ikut cara Malaysia, kita bukan Bali, betul, hormati cara negara kita,” tulis Dilla_libra.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Musrules.

“Ini bukan budaya kita, jadi jangan normalize (normalisasi), pergi Jepun ikut budaya Jepun, pergi China ikut budaya Cina, pergi mana-mana pun hormat lah bumi yang di pijak. Tegur mereka supaya tak di biasakan,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN