fbpx
PAN-GON

Selangor FC yakin buat keputusan tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGURUSAN Selangor FC menganggap keputusan untuk melantik Kim Pan-gon sebagai langkah yang tepat untuk membantu pasukan mengakhiri penantian 11 tahun tanpa sebarang trofi kompetitif apabila masih bersaing dalam dua kejohanan musim ini.

Meskipun masih menduduki tangga kedua Liga Super, sandaran realistik skuad Gergasi Merah untuk menjulang trofi adalah pada siangan Piala Malaysia selepas layak ke separuh akhir dan mara ke peringkat kalah mati Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC).

Ketua pegawai eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon percaya impak pengendali dari Korea Selatan itu semakin dirasai sejak rasmi membimbing pasukan pada awal bulan lalu.

“Di bawah kendalian Pan-gon, kita boleh lihat suasana dalam pasukan semakin berbeza dengan pemain dan barisan kejurulatihan menunjukkan komitmen untuk ikut falsafah yang diterapkan sejak tujuh minggu lalu.

“Sekarang, kita ada dua kejohanan lagi yang perlu diharungi dengan aksi kalah mati ACC yang mana kita akan cuba buat kejutan nanti.

“Selain itu, pasukan juga cuba untuk teruskan momentum layak ke pentas final dalam saingan Piala Malaysia. Namun, fokus harus diutamakan pada peringkat separuh akhir dahulu,” katanya.

Sejak Pan-gon membimbing pada Januari lepas, skuad Merah Kuning masih belum tewas dalam semua kejohanan yang diharungi dengan melakar tujuh kemenangan termasuk aksi domestik dan ACC.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN