JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Klaten, wilayah Jawa Tengah digemparkan dengan kemunculan air banjir yang berwarna merah jambu pekat, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Kampung Ngerangan, daerah Bayat baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @muslimshop6 menunjukkan air berwarna merah jambu terang mengalir deras di terusan.
Penghulu Dusun 1, Ida Susanto berkata, fenomena aneh itu tercetus susulan hujan lebat yang melanda kawasan tersebut sebelum ini.
“Punca air berubah warna bukan disebabkan pewarna batik tetapi dari kilang pakaian di beberapa kawasan termasuk Sumberan, Tancep, Ngawen dan Gunungkidul.
“Limpahan hujan menyebabkan air mengalir ke dalam longkang dan menuju ke Sungai Sendang, Nerangan dan Bayat.
“Air itu tidak memberi kesan buruk kepada masyarakat kerana ia akan hilang,” kata Ida. – AGENSI














