fbpx
Cef memperkenalkan hidangan berbuka puasa pada majlis prebiu bufet Ramadan di Bangi baru-baru ini.

Nostalgia Ramadan Brahim’s tampil 100 hidangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGI – Nostalgia Ramadan oleh Dapur Brahim’s di Randau Rasa, di sini menampilkan lebih 100 hidangan berinspirasikan tradisi Ramadan Malaysia dari 21 Februari hingga 18 Mac ini.

Pengunjung disediakan pilihan menu yang disusun rapi dengan citarasa Melayu asli termasuk hidangan signature, sajian panggang, live stations, pencuci mulut serta minuman yang menyegarkan, direka untuk menghidupkan semula suasana nostalgia berbuka puasa bersama insan tersayang.

Ketua Pegawai Eksekutif Desatera Sdn. Bhd., Datuk Feizal Nor Nurbi berkata, Ramadan adalah masa untuk muhasabah, memperkukuh perpaduan dan kebersamaan. 

“Melalui Nostalgia Ramadan, kami mahu mendekatkan keluarga dan rakan-rakan dengan hidangan yang terasa dikenali rapat dan bermakna. 

“Kami berbangga untuk menyusun pengalaman iftar yang menampilkan jiwa masakan Malaysia, disokong oleh konsistensi pasukan warga kerja, layanan mesra, dan perhatian pada setiap perincian,” katanya pada sesi previu bersama media yang diadakan baru-baru ini.

Bufet Nostalgia Ramadan ditawarkan pada harga RM69.90 untuk dewasa dan RM39.90 untuk kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun, manakala kanak-kanak bawah enam tahun makan secara percuma. 

Promosi Early Bird turut ditawarkan pada RM59.90 untuk dewasa, dengan kadar istimewa yang sama turut diberikan kepada staf serta pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN