fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Abewee1.

‘Nak main mercun tolong tengok tempat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina boleh bertukar menjadi gangguan jika mercun dibakar tanpa mengambil kira lokasi dan keadaan orang sekeliling.

Menerusi hantaran oleh seorang pengguna Threads, @Abewee1 berkongsi situasi dialaminya apabila suasana makan bertukar tidak selesa akibat asap tebal dan serpihan mercun memasuki ruang kedai makan.

Menurutnya, ketika pelanggan sedang menikmati hidangan, kawasan premis tiba-tiba dipenuhi asap sehingga menjejaskan selera dan keselesaan pengunjung.

“Bazir roti sardin dan teh ais saya. Bau asap kuat dan serpihan mercun turut terkena kawasan tempat makan,” katanya.

Dia menjelaskan kemeriahan perayaan sememangnya diraikan setahun sekali, namun lokasi dan waktu permainan mercun perlu dipertimbangkan demi keselamatan serta keselesaan orang ramai.

“Faham, Raya Cina setahun sekali. Semua orang nak main mercun, nak suasana meriah tapi tolong tengok tempat,” katanya.

Tambahnya, teguran tersebut bukan ditujukan kepada mana-mana pihak, sebaliknya menekankan kepentingan sikap bertimbang rasa dan menghormati orang sekeliling ketika menyambut perayaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI