TRENTON, NEW JERSEY – Sekeping kad Pokemon yang jarang ditemui milik pempengaruh media sosial, Logan Paul dijual pada harga AS$16.5 juta (RM65 juta) dalam satu acara lelongan di negeri New Jersey, lapor agensi berita United Press International.
Kad Pokemon Illustrator itu antara satu daripada 39 kad yang pernah dihasilkan dan diberikan kepada pemenang pertandingan melukis pada 1998.
Ia juga menerima penarafan 10 iaitu gred tertinggi daripada firma pengumpul kad, Professional Sports Authenticator.
Paul membeli kad itu pada 2021 dengan harga AS$5.2 juta (RM20.3 juta) sekali gus memecahkan Guinness World Records untuk kad Pokemon paling mahal dijual di dunia ketika itu.
Beliau memakai kad tersebut pada penampilan sulung pada kejohanan WWE WrestleMania pada 2022.
Kad Pokemon Illustrator itu dilelong oleh firma lelongan dalam talian, Goldin Auctions dan dibeli oleh seorang pembida, menjadikannya kad Pokemon paling mahal pernah dijual dalam acara lelongan. – AGENSI














