fbpx
ROSENIOR berdepan cabaran untuk memastikan Chelsea menjadi lebih konsisten untuk memastikan jawatannya lebih selamat. - AFP

EPL: Rosenior tak mampu bertahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Chelsea, Liam Rosenior tampaknya tidak mendapat sokongan bekas pemain The Blues selepas Emmanuel Petit meramalkan beliau bakal dipecat daripada kerusi panas itu sebelum 2026 berakhir.

Bekas jurulatih Strasbourg itu memiliki rekod cukup baik sejak mengambil alih Chelsea apabila mencatat lapan kemenangan, satu seri dan dua kali tewas dalam semua pertandingan setakat ini.

Bagaimanapun, ia masih belum dapat meyakinkan Petit bahawa jurulatih berusia 42 tahun itu merupakan individu tepat untuk mengemudi Chelsea bagi tempoh lama kerana dianggap melatih pasukan yang tidak konsisten.

“Adakah Liam Rosenior mampu untuk memenangi Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea? Bagi saya, ia sukar kerana pasukan ini sering menukar pemain dan ia berlaku dengan kerap setiap tahun.

“Konsistensi dan keseimbangan dalam pasukan sangat penting jika anda mahu memenangni sesuatu. Pemain-pemain perlu dikekalkan dan jurulatih juga perlu ada visi untuk menang kejuaraan,” katanya.

Tambah Petit, Rosenior perlu berani untuk kekal dengan pendirian serta falsafah bola sepak yang diterapkan biarpun The Blues mungkin berdepan situasi tidak menentu pada masa akan datang.

“Walaupun sedang berdepan detik sukar, beliau (Rosenior) perlu kekal dengan idea sendiri. Saya tidak pasti sama ada dia masih menjadi pengurus Chelsea ataupun tidak dalam tempoh 10 bulan akan datang,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN