fbpx
ANAK kedua Amyza Aznan disahkan kanser tulang.

‘Bulan Ramadan, anak kedua saya pula disahkan kanser tulang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ibarat antah patah lesung hilang, pelakon Amyza Aznan sekali lagi diuji dengan perkhabaran menyayat hati apabila anak keduanya, Adrian Adam, disahkan menghidap kanser tulang.

Lebih memilukan, berita hiba tersebut diterima pada bulan Ramadan dan juga bulan kelahiran anaknya, situasi yang hampir sama dialami Amyza, 51, ketika anak sulungnya, Andre Mikhail, didiagnosis kanser paru-paru tahun lalu.

“Hari ini Ramadan pertama, di bulan Februari, bulan kelahiran anak-anak saya.

“Sama yang berlaku tahun lepas, bulan Ramadan dan pada bulan kelahiran anak saya Andre Mikhael disahkan kanser paru-paru.

“Tahun ini, pada bulan Ramadan dan Februari, bulan kelahiran anak saya Adrian Adam pula disahkan kanser tulang,” katanya dalam Threads.

Sebagai ibu, pelakon drama Bawah Payung Awan itu mengakui sukar menggambarkan perasaannya apabila terpaksa berdepan ujian kesihatan dua puteranya.

“Saya manusia dan juga ibu, ada berbagai rasa tapi tak terluah dan takut untuk meluah,” tuturnya.

Sebelum ini, Andre dimasukkan ke Hospital Ampang sebelum doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan di bahagian paru-parunya.

Amyza kemudian mengesahkan anak sulungnya menghidap kanser paru-paru tahap tiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN