fbpx
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki mendera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Lelaki dera anak tiri sehingga tular dituduh Disember lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mendera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga anak tirinya pada 20 Disember lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa berusia 27 tahun pada pukul 1.48 tengah hari sehari sebelum penahanan dibuat.

Menurut Fadil, kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah di Setapak, di sini. Ibu mangsa melihat beberapa rakaman video menunjukkan suspek melakukan penderaan mental dan fizikal terhadap anaknya.

“Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun yang juga bapa tiri mangsa. Lelaki itu dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Disember lalu,” katanya.

Jelasnya, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Terdahulu, polis mengesan satu video tular yang dimuat naik pemilik akaun Capricedaddycap memaparkan seorang lelaki bertindak memukul, menendang dan mengarahkan kanak-kanak berlari berulang-alik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN