fbpx
Gambar hiasan.

12 anggota, pegawai polis ditahan samun mata wang kripto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tangkapan terhadap 12 anggota dan pegawainya yang disyaki terlibat dalam kes samun mata wang kripto milik seorang warga asing di daerah ini, awal bulan ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa kira-kira pukul 2.07 petang, 6 Februari lalu.

“Tindakan segera telah diambil dan seramai 12 anggota polis telah ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shazeli menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam aktiviti jenayah.

Justeru, katanya, orang ramai diminta untuk memberi ruang kepada pihak polis bagi melengkapkan siasatan dan tidak membuat sebarang spekulasi.

Terdahulu, media melaporkan seramai 12 anggota polis termasuk empat pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ditahan kerana disyaki terbabit kes samun membabitkan kerugian kira-kira RM200,000 dalam bentuk mata wang kripto daripada sekumpulan warga China.

Mereka yang ditahan masing-masing seorang berpangkat Asisten Superintendan, Inspektor, sarjan, enam koperal, dua lans koperal dan seorang konstabel berusia antara 24 hingga 47 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN