fbpx
Zurahaque (tiga dari kanan) bersama komuniti Rohingya hadir memberi penghormatan terakhir di pusara wanita hamil yang maut dibunuh suaminya di Tanah Perkuburan Islam Makam Dagang, Kampung Makam hari ini

Wanita dibunuh suami selamat dikebumikan bersama bayi dalam perut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Wanita warga Rohingya yang maut dipercayai dibunuh suaminya menggunakan lesung dalam kejadian awal pagi Jumaat lalu selamat dikebumikan bersama bayi dalam kandungan di Tanah Perkuburan Islam Makam Dagang, Kampung Makam hari ini.

Ketua Komuniti Rohingya Kota Tinggi, Zurahaque Jamaludin berkata, beliau yang menuntut jenazah wanita berusia 34 tahun itu berikutan tiada waris terdekat dapat berbuat demikian selain tidak dapat dibawa pulang ke negara asal kerana hanya memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Katanya jenazah ibu kepada seorang anak itu dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) semalam untuk urusan pengurusan jenazah selepas urusan bedah siasat selesai dilakukan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Jenazah arwah dikebumikan sekali bersama bayi dalam kandungan yang turut disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Makam Dagang, Kampung Makam hari ini.

Zurahaque berkata anak mangsa berusia empat tahun kini berada dalam jagaan sepasang suami isteri komuniti tersebut sementara menunggu nenek atau kakak mangsa datang mengambil kanak-kanak itu.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang wanita berusia 34 tahun yang hamil tujuh bulan ditemui maut dipercayai dibunuh suaminya di dalam bilik rumah sewa mereka kira-kira pukul 7 pagi oleh tuan rumah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata pihaknya tidak menolak punca kejadian bermotifkan cemburu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN