fbpx
Ahli keluarga hadir untuk menonton filem. - Khaosod

Tonton wayang pacak tengah kubur bersama ‘nenek moyang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Satu acara wayang pacak diadakan di sebuah kawasan perkuburan di Phichit, Thailand, malam semalam, sempena sambutan Tahun Baru Cina, lapor laman berita Thaiger.

Acara dianjurkan oleh Yayasan Phichit Samakkhi itu berlangsung di kawasan perkuburan bersebelahan wat Wat Mun Lek.

Penganjur mengaitkan tayangan itu dengan kepercayaan yang diwarisi dalam kalangan orang Thai berketurunan Cina bahawa roh si mati menerima kebaikan daripada keturunan mereka yang membuat sembahan.

Program tahun ini digambarkan sebagai lebih besar daripada biasa, dengan rancangan untuk mempersembahkan 1,000 mercun berjumlah 100,000 tembakan sebagai persembahan kepada ‘roh penjaga utama’ dan nenek moyang penduduk Thai-Cina di Phichit.

Tiga buah filem ditayangkan, di samping beberapa gerai jualan makanan dan minuman.

Timbalan Pengerusi Yayasan Phichit Samakkhi, Anusit Limsirivong berkata, dia gembira dapat memainkan peranan dalam meneruskan tradisi yang mencerminkan rasa terima kasih kepada nenek moyang mereka.

Dia turut berkongsikan detik luar biasa semasa acara berlangsung, di mana seorang lelaki tua berpakaian tradisional Cina menghampirinya dan bertanya filem apa yang sedang ditayangkan.

“Apabila saya melihatnya semula, lelaki itu sudah tiada,” katanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN