fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir, hujan lebat di enam negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, antara kawasan terlibat adalah Kedah melibatkan kawasan Kulim dan Bandar Baharu.

Selain itu, MetMalaysia berkata, di Perak kawasan yang dilanda hujan lebat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar.

“Cuaca buruk juga diramal di Selangor melibatkan kawasan Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat diikuti dengan seluruh Kuala Lumpur.

“Situasi yang sama turut dijangka di Johor (Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru),” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia turut memaklumkan hujan lebat dijangka melanda Sabah dengan melibatkan kawasan Pedalaman (Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod dan Telupid).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI