fbpx
Tangkap layar rakaman dashcam tular di media sosial. Pemilik dashcam diminta tampil membantu siasatan.

Pemilik ‘dashcam’ diminta bantu kes maut dua beradik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Polis meminta pemilik rakaman kamera papan pemuka (dashcam) tampil membantu siasatan kemalangan maut membabitkan dua beradik di Kilometer 19, Jalan Seremban – Tampin, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Hasani Hussain berkata, kemalangan pukul 12.53 tengah hari itu melibatkan treler jenis Volvo dipandu lelaki berusia 31 tahun dipercayai hilang kawalan semasa mengelak sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz.

“Siasatan awal di lokasi mendapati kejadian berlaku semasa treler dari arah Seremban menghala ke kilang di Rembau. Berdasarkan pemerhatian rakaman dashcam yang diperoleh daripada orang awam mendapati SUV secara tiba-tiba masuk ke laluan treler

“Kejadian ini menyebabkan pemandu treler cuba mengelak perlanggaran dan hilang kawalan masuk ke laluan SUV sebelum berlaku perlanggaran antara kedua-dua kenderaan. Pemandu SUV serta penumpang belakang yang juga adik-beradik maut di lokasi.

“Oleh itu, kita harap agar saksi atau pemilik dashcam yang videonya tular di media sosial tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rmbau, Sub Inspektor Muhammad Faris Sayyidi Osman di talian 013-3806648,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan dua beradik lelaki maut selepas SUV milik ayah yang mereka naiki dilanggar sebuah treler dari arah bertentangan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI